Monday 7 November 2011

RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

RANCANGAN  INTERGRASI  MURID  UNTUK  PERPADUAN (RIMUP)  pada 03/11/2011


TUJUAN PROGRAM 

Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan  (RIMUP) merupakan  satu  program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya,  dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan sebab  ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas..

 

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.

 

Seiring itu juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu  tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai  dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan di peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah. Dengan usaha begini dapat meningkatkan pembinaan Negara Bangsa, bangsa Malaysia bersatupadu hidup dalam hidup dalam suasana harmoni aman dan damai menuju Negara maju.

 

Objektif  :

  1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah.

  2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, serta suasana harmoni dikalangan semua peserta secara sedar dan terancang.

  3. Melahirkan semangat persefahaman dan semangat toleransi dikalangan murid serta semua yang terlibat.

  4. Berkongsi kebudayaan, kemudahan, peralayan, tenaga, dan kepakaran, kegembiraan, keseronokan dikalangan semua pelajar dan peserta yang terlibat dalam semua acara yang diikuti bersama.

 

Sekolah saya SJK (C) Kheow Bin  dipasangkan dengan SK Selayang Jaya serta SJK(T) Batu Caves dalam program RIMUP tahun ini. Beberapa aktiviti telah dijalankan dengan jayanya mahupun menjaringkan hubungan antara cikgu ataupun murid.

0800am sarapan dibekalkan,murid-murid beratur untuk bersarapan pagi
        

Selepas sarapan pagi,murid-murid berkumpul di badminton court
    

  

Aktiviti 1-Tarik Nipah


Aktiviti 2-Terompah Gergasi


Aktiviti 3--"PUZZLE"

       

Aktiviti 4-Persembahan Tarian
 
Persembahan dari murid kurang upaya(OKU),syabas.
 
Persembahan dari SKT Batu Caves--DIKIR BARAT
 
Persembahan dari SK Taman Selayang Jaya--Tarian Cina Kipas
 
Persembahan  dari SJK(C) Kheow Bin--Tarian Indian

We are satu Malysia :)

   



Sekian,Terima Kasih!